Kerjaya Badrul Feisal Abdul Rahim

Badrul Feisal menyertai UMW sebagai Pengurus Besar Kanan di Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Disember 2010 dan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif bagi Bahagian Minyak dan Gas UMW dari April 2011 hingga Disember 2011. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Korporat Kumpulan sebelum dilantik sebagai Ketua Operasi Kumpulan UMW pada Januari 2013.[3]

Badrul juga terbabit dalam pengurusan kanan dan pengarah di beberapa syarikat seperti Khazanah Nasional, Proton, Lotus dan Kumpulan syarikat DRB-HICOM.[3]

Badrul Feisal dilantik sebagai Presiden dan CEO UMW pada 1 Oktober 2015 menggantikan Syed Hisham Syed Wazir yang telah tamat tempoh perkhidmatan.[4][5]

Beliau pernah memegang jawatan Profesor Adjung di Pusat Pembelajaran Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis, dan ahli Lembaga Penasihat Industri UniKL Universiti Kuala Lumpur.[1]